0
Dajjal Akan Muncul Atau Sudah Muncul?
Posted by Unknown
on
6:12 PG
Dewasa ini, sejak 1990-an yakni sejak Muhammad Isa Dawud menerbitkan buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda,” semakin banyak pula buku-buku berkaitannya meneroka pasaran negara-negara Islam.
Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah;
Sebagai blog yang mengkhusus mengkaji konspirasi Dajjal laknatullah dan isu-isu akhir zaman yang lain, kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua teori di atas adalah tepat mengikut kaedah pendirian masing-masing.
Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.
Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.
Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.
Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda
Teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Isa Dawud merangkumi dua teori mikro di bawahnya. Di dalam bukunya yang terkenal itu, beliau mengemukakan dua teori dalam satu tajuk. Teori pertama ialah Dajjal akan muncul dan teori kedua ialah Dajjal berada di Segitiga Bermuda.
Maksud Dajjal akan muncul sepanjang pengkajian kami terhadap karangan Muhammad Isa Dawud ialah Dajjal itu sudah sedia ada sejak ribuan tahun dahulu, berumur panjang, tidak mati dan sedang bersembunyi di tempat yang misteri iaitu Segitiga Bermuda.
Jika dibaca penulisan Muhammad Isa Dawud dan hujah-hujahnya, kita akan melihat bahawa Muhammad Isa Dawud mempercayai bahawa Dajjal bukan terkurung di sebuah pulau sekarang ini. Muhammad Isa Dawud percaya kurungan dan rantai besi yang membelit Dajjal sudah lebur dan Dajjal sudah terlepas bercampur-baur dengan masyarakat.
Teori Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah adaptasi dari hadith nabi yang berbunyi;
Teori yang dibawa oleh penulis ini juga seperti Muhammad Isa Dawud, tajuknya terkandung dua teori utama iaitu Dajjal telah pun muncul dan Dajjal itu ada di Khurasan. Kupasan ilmu dari penulis ini juga hebat dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah pengetahuan.
Kesimpulan
Kami berpendapat kedua-dua penulis ini bersetuju Dajjal adalah manusia yang bukan bersifat kelahiran semula. Ia membesar dari kecil seperti kebanyakan orang. Dajjal juga sudah sedia wujud sejak ribuan tahun dahulu dengan umur yang panjang.
Cuma yang membezakan kedua-dua teori dari Muhammad Isa Dawud dan Abu Fatiah Al-Adnani ialah kedua-duanya mempunyai pandangan peribadi tentang tempat tinggal Dajjal. Isa Dawud mempercayai Dajjal sekarang ada di Segitiga Bermuda dan Abu Fatiah percaya Dajjal berada di Khurasan.
Wallahu’alam …
Kemunculan buku-buku berkaitan Dajjal kebiasaannya akan terkandung dengan satu teori yang sama tetapi perkataan yang berbeza. Dua perkataan yang paling popular sekarang ini ialah;
- Dajjal akan muncul …
- Dajjal sudah muncul …
Sebagai blog yang mengkhusus mengkaji konspirasi Dajjal laknatullah dan isu-isu akhir zaman yang lain, kami ingin menyatakan bahawa kedua-dua teori di atas adalah tepat mengikut kaedah pendirian masing-masing.
Kedua-dua teori tersebut didokong oleh penulis-penulis yang mengkaji tentang kewujudan Dajjal serta sifat-sifatnya. Setiap penulis itu pula membentang dengan fakta-fakta yang tersendiri dan berlegar-legar atas kemampuan ilmu masing-masing.
Teori Dajjal akan muncul dari Segitiga Bermuda yang dibawa Muhammad Isa Dawud ada logik dan kukuh dari segi hujahnya. Muhammad Isa Dawud menerbitkan teori tersebut berasaskan fakta-fakta dari Al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan manuskrip-manuskrip yang dijumpai.
Manakala pembentang teori Dajjal telah muncul atau sudah muncul dari khurasan pula berdiri kukuh di atas fakta-fakta hadith sahih dan suasana isu-isu semasa.
Teori Dajjal Akan Muncul dari Segitiga Bermuda
Teori yang diperkenalkan oleh Muhammad Isa Dawud merangkumi dua teori mikro di bawahnya. Di dalam bukunya yang terkenal itu, beliau mengemukakan dua teori dalam satu tajuk. Teori pertama ialah Dajjal akan muncul dan teori kedua ialah Dajjal berada di Segitiga Bermuda.
Maksud Dajjal akan muncul sepanjang pengkajian kami terhadap karangan Muhammad Isa Dawud ialah Dajjal itu sudah sedia ada sejak ribuan tahun dahulu, berumur panjang, tidak mati dan sedang bersembunyi di tempat yang misteri iaitu Segitiga Bermuda.
Jika dibaca penulisan Muhammad Isa Dawud dan hujah-hujahnya, kita akan melihat bahawa Muhammad Isa Dawud mempercayai bahawa Dajjal bukan terkurung di sebuah pulau sekarang ini. Muhammad Isa Dawud percaya kurungan dan rantai besi yang membelit Dajjal sudah lebur dan Dajjal sudah terlepas bercampur-baur dengan masyarakat.
Teori Dajjal Sudah Muncul dari Khurasan
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah adaptasi dari hadith nabi yang berbunyi;
“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.”
(Riwayat Tirmizi dan Hakim)
Teori yang yang dibawa oleh penulisnya iaitu Abu Fatiah Al-Adnani menerima sambutan yang hebat khususnya di Indonesia. Ianya diterbitkan oleh penerbit masyur dari Indonesia iaitu Granada Mediatama.Teori yang dibawa oleh penulis ini juga seperti Muhammad Isa Dawud, tajuknya terkandung dua teori utama iaitu Dajjal telah pun muncul dan Dajjal itu ada di Khurasan. Kupasan ilmu dari penulis ini juga hebat dan boleh dijadikan rujukan untuk menambah pengetahuan.

Catat Ulasan