NASRALLAH
BEIRUT – Pemimpin Hezbollah di Lebanon,
Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis
bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar
Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.
Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.
Hari itu disambut bagi memperingati
kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda
sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.
Kenyataan tersebut dibuat selepas
pergerakan Hamas dan Israel menghentikan serangan pada Rabu lalu selepas
rejim Zionis melancarkan serangan di Gaza selama lapan hari.
“Israel telah digegarkan dengan lima serangan roket sepanjang lapan hari konflik itu sebelum ini.
“Bagaimana pula rejim Yahudi itu hendak
menghalang ribuan serangan roket yang akan jatuh ke Tel Aviv dan
bandar-bandarnya jika ia menyerang Lebanon? soalnya.
Menurutnya, dalam konflik terbaharu di
Gaza, seramai 166 penduduk Palestin terbunuh dan enam warga Israel maut
sekali gus menunjukkan kejayaan hebat terhadap penentangan terhadap
Israel.
Hezbollah telah menghantar sebuah pesawat pengintip ke ruang udara Israel pada bulan lepas.
Penghantaran itu mewujudkan ketegangan
di wilayah tersebut selepas Israel mengancam untuk mengebom lokasi
nuklear milik Iran. – Agensi
Catat Ulasan