0

Samsung Diramalkan Mengatasi Nokia Dalam Angka Jualan Telefon Bimbit Sepanjang 2012

Posted by Unknown on 7:07 PTG


Nampaknya, selain daripada memegang takhta dalam arena telefon pintar, Samsung juga kelihatan mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri telefon bimbit secara keseluruhannya, sekaligus menewaskan Nokia buat pertama kalinya dalam tempoh 14 tahun.
Mengikut laporan jangkaan, ia dikatakan Samsung akan memegang pasaran telefon bimbit sebanyak 29% untuk tahun ini, berbanding Nokia yang hanya sekitar 24% sahaja.
Perkara ini mungkin kerana lebih ramai yang mula beralih kepada telefon pintar, dan kebolehan Samsung untuk menawarkan telefon pintar pada harga yang murah. Nokia yang bergantung kepada Windows Phone kelihatan agak kurang popular dikalangan pengguna, dan jualan utama mereka boleh dikatakan daripada jualan feature phone dari keluarga Nokia Asha dan sebagainya.
Pada masa yang sama juga, pada arena telefon pintar, Samsung terus mengukuhkan kedudukan mereka, dengan meninggalkan Apple jauh dibelakang, berbanding dengan tahun lepas.
Walaubagaimanapun, ini hanyalah laporan jangkaan awal, dan laporan dengan angka sebenar akan hadir dalam masa sebulan dua lagi dari sekarang.


0 Comments

Catat Ulasan

Copyright © 2009 Muhammad Najmie All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.