0

Pemandangan Pokok Ceri Mekar Yang Sangat Indah Pada Waktu Malam Di Taiwan (7 Gambar)

Posted by muhammad najmie on 8:05 PTG

Walau betapa hebat, canggih dan moden sesuatu bangunan atau senibina yang dibina, ianya tetap tidak dapat menandingi keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan, pada pendapat saya sekurang-kurangnya. Begitu juga halnya dengan keindahan pokok ceri yang berbunga mekar di Taiwan ini.
Pada bulan Februari setiap tahun, Aboriginal Cherry Blossom Festival akan diadakan di sebuah perkampungan budaya di Taiwan, Formosan Aboriginal Culture Village yang menghimpunkan lebih daripada 2,000 batang pokok ceri yang berkembang mekar.
Festival yang menarik ramai pengunjung ini bermula pada tahun 2001 dan apa yang menariknya, pengunjung boleh melihat keindahan pokok ceri pada waktu malam dari pukul 6 petang hingga 8 malam di mana pemandangannya akan menjadi lebih indah dan menarik. Selain daripada limpahan cahaya yang berwarna-warni, pengunjung juga akan didendangkan dengan muzik latar yang menenangkan.
Nampak macam i-City pun ada, tapi harap-harapnya tiada rip-off macam yang tengah hangat diperkatakan di alam maya sekarang. Haha.

0 Comments

Catat Ulasan

Copyright © 2009 Muhammad Najmie All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.