0

Info - Diploma Teknologi Maklumat

Posted by muhammad najmie on 1:07 PG

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Teknologi Maklumat 
(Pembangunan Perisian)
Apa itu Pembangunan Perisian?
Program Diploma Pembangunan Perisian akan menyediakan para graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pengaturcaraan dan pembangunan perisian bagi memenuhi kehendak semasa industri ICT. Ia meliputi kesemua aspek penting untuk kerjaya di dalam pembangunan sistem termasuklah bidang pengaturcaraan, rekabentuk pengguna, pengaturcaraan berasaskan objek, pengaturcaraan pangkalan data, rekabentuk pangkalan data dan analisa sistem. Program ini juga akan meningkatkan pengetahuan pelajar di dalam pembangunan sistem, pembangunan aplikasi web, dan bahasa pengaturcaraan seperti JAVA, C#, C++, .NET dan XML. Ia juga akan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan agar dapat berfungsi secara efektif di dalam kumpulan seperti berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik, bertanggungjawab, berdiversiti dan kerjasama berpasukan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

  • Individu yang ingin menjadi pengaturcara dan membangunkan sistem komputer 
  • Minat dalam menulis aturcara komputer dalam pelbagai bahasa dan berfikiran logik dalam  penyelesaian masalah
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Analisis Permulaan
  • Mengaplikasikan konsep matematik ke dalam aturcara 
  • Menyediakan kemahiran berfi kir dalam menghasilkan sesuatu aplikasi komputer
Rekabentuk Pangkalan Data
  • Berpengetahuan tinggi hubungan antara elemen di dalam sistem 
  • Berkebolehan menggunakan perisian dan merekabentuk pangkalan data
Aturcaraan
  • Berkebolehan menguasai pelbagai aturcara komputer 
  • Mendedahkan rahsia penulisan aturcara komputer yang berkesan dan konsisten 
  • Menghasilkan dan mengintegrasi sesuatu program yang mesra pengguna
Analisa dan Rekabentuk Sistem 
  • Mendedahkan cara penguasaan proses analisis dan merekabentuk sesuatu sistem yang sistematik.
  • Membolehkan pelajar merancang dalam membangunkan sesuatu sistem boleh digunapakai dan berpotensi tinggi.
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pengilangan Perisian
- Sistem Komunikasi
- Pengurusan
- Pendidikan

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pembangun Perisian
- Pembangun Web
- Pengguna Sokongan
- Pengaturcara Perisian
- Pakar Perisian Komputer
- Pembangun Pangkalan Data
- Pereka Perisian



0 Comments

Catat Ulasan

Copyright © 2009 Muhammad Najmie All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.