0

Ayat Power Terbaik Promosi Perniagaan di FB & Blog

Posted by Unknown on 10:29 PTG
http://mykeypad.mywapblog.com/dapat-duit-dari-blog.xhtml

http://anarm.net/blog/dapat-trafik-guna-duit-cara-hina.html
http://affiliatesecretfornewbie.com/berniaga-online-guna-blog.html


0

cara untuk menarik orang untuk melawat ke blog anda ... bagus tau

Posted by Unknown on 9:56 PTG
Pada zaman moden ini, hampir semua orang bergantung kepada Internet. Jadi, anda sendiri di kelompok yang mana?



Pengguna laman Sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Blog). Hampir semua orang mempunyai laman sosial sendiri dan paling kurang akan ke akaun dua kali sehari tetapi kebanyakannya lebih kepada mengintip status, gambar terbaru kawan atau untuk kepentingan bisnes.

Menonton video (Youtube). Muat naik video di Youtube dah jadi 'trend' masa kini. Tak dinafikan ada yang memuat naik video sendiri untuk popular dengan segera. Tapi ada juga yang manfaatkan untuk cari video klip kegemaran, dokumentari menarik dan filem pendek.

Bermain game. Bermain 'game' lebih terarah kepada komuniti awal remaja tapi jangan tak tahu, ada juga si tua belia memilih 'game' untuk segarkan otak dengan mahu mengalih perhatian daripada terus fikirkan kekusutan dan masalah harian. Ramai juga pemain 'game' tegar gunakan Internet untuk muat turun permainan terbaru masa kini.

Mencari info unik dan menarik. Fakta pelik dan menarik juga dah banyak bertebaran di internet. Ada sesetengah individu gemar mencari dan berkongsi dengan rakan lain. Selain untuk jenaka, ia juga boleh menambah pengetahuan.

Membaca berita. Maklumat terkini adalah keperluan harian. Carian akan meningkat terutama ketika tercetusnya isu hangat yang menarik keinginan seseorang untuk ambil tahu. Ada juga yang membaca sekadar untuk mengisi waktu terluang.

Melihat atau berkongsi gambar (Google, Tumblr, Instagram). Gambar biasanya dicari ketika perlu seperti waktu berkerja tetapi ada yang hanya sekadar suka-suka melihat gambar terbaru di Internet tetapi ada yang cari untuk berkongsi idea. Yang pasti, anda pernah mencari yang satu ini.

Muat turun lagu dan filem. Anda sendiri pasti pernah memuat turun lagu kegemaran dari Internet bukan? Walaupun dah banyak pihak laungkan ia ibarat tak hargai hasil titik peluh artis tetapi aktiviti ini tetap wujud. Faktor utama kerana kos pembelian cakera padat mahal. Situasi sama berlaku dengan filem. Ia lebih kepada penambahan koleksi di pemuat turun atau untuk tontotan sekali bersama rakan.

Software. Mungkin kedengaran janggal untuk mencari software di Internet kerana kita lebih memilih untuk ke kedai namun terdapat kelompok individu yang kerap mencari 'software' berguna selain turut membaca maklum balas, fungsi dan keistimewaan program itu.

Menambah ilmu. Internet bukan sekadar platform untuk keburukan, ramai orang yang menggunakannya untuk kebaikan. Biasanya, pelajar dan penuntut universiti akan mencari bahan ilmiah untuk menyelesaikan tugas mereka di sini. Tapi bukan hanya mereka saja, ramai juga yang cari maklumat berguna sebagai rujukan dan tambah pengetahuan am.

0

LUKISAN KONSEP TOTAL RECALL

Posted by Unknown on 1:23 PG

begite kemas rekaannya dalam bentuk 3D



0

KONSEP IPAD LUTSINAR

Posted by Unknown on 1:22 PG
Nice

Ini ialah konsep ipad lutsinar yang dihasilkan  oleh Ricardo Luis Monteiro Afonso. Ianya cantik tapi seperti kita sedia maklum LCD lutsinar does not work on real life. Samsung ada menghasilkan panel LCD sebegini dua tahun lalu dankami dah demo skrin ini di Amanz.My. Good on paper, bad in reality. Tambahan lagi kalau lutsinar macam ni, kalau jatuh terus bersepai.




0

REKAAN KAPAL ANGKASA NASA MASA HADAPAN

Posted by Unknown on 1:14 PG
Masa depan NASA sebenarnya agak gelap sejak kebelakangan ini kerana pemotongan belanjawan. Program pengganti kepada Space Shuttledihentikan dan projek menghantar angkasawan ke Marikh juga dirasakan akan kekal sebagai mimpi. Sungguhpun begitu ini tidak menghalang pelukis konsep Oscar Cafarountuk menghasilkan konsep kapal angkasa, stesen angkasa, baju angkasawan dan satelit masa hadapan. Cool stuff.





0

Info - Diploma Teknologi Maklumat

Posted by Unknown on 1:07 PG

Melanjutkan Pelajaran Dalam Diploma Teknologi Maklumat 
(Pembangunan Perisian)
Apa itu Pembangunan Perisian?
Program Diploma Pembangunan Perisian akan menyediakan para graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi di dalam pengaturcaraan dan pembangunan perisian bagi memenuhi kehendak semasa industri ICT. Ia meliputi kesemua aspek penting untuk kerjaya di dalam pembangunan sistem termasuklah bidang pengaturcaraan, rekabentuk pengguna, pengaturcaraan berasaskan objek, pengaturcaraan pangkalan data, rekabentuk pangkalan data dan analisa sistem. Program ini juga akan meningkatkan pengetahuan pelajar di dalam pembangunan sistem, pembangunan aplikasi web, dan bahasa pengaturcaraan seperti JAVA, C#, C++, .NET dan XML. Ia juga akan mempertingkatkan kemahiran yang diperlukan agar dapat berfungsi secara efektif di dalam kumpulan seperti berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik, bertanggungjawab, berdiversiti dan kerjasama berpasukan.

Siapa yang sesuai untuk bidang ini?

  • Individu yang ingin menjadi pengaturcara dan membangunkan sistem komputer 
  • Minat dalam menulis aturcara komputer dalam pelbagai bahasa dan berfikiran logik dalam  penyelesaian masalah
DI ANTARA KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI
Analisis Permulaan
  • Mengaplikasikan konsep matematik ke dalam aturcara 
  • Menyediakan kemahiran berfi kir dalam menghasilkan sesuatu aplikasi komputer
Rekabentuk Pangkalan Data
  • Berpengetahuan tinggi hubungan antara elemen di dalam sistem 
  • Berkebolehan menggunakan perisian dan merekabentuk pangkalan data
Aturcaraan
  • Berkebolehan menguasai pelbagai aturcara komputer 
  • Mendedahkan rahsia penulisan aturcara komputer yang berkesan dan konsisten 
  • Menghasilkan dan mengintegrasi sesuatu program yang mesra pengguna
Analisa dan Rekabentuk Sistem 
  • Mendedahkan cara penguasaan proses analisis dan merekabentuk sesuatu sistem yang sistematik.
  • Membolehkan pelajar merancang dalam membangunkan sesuatu sistem boleh digunapakai dan berpotensi tinggi.
Prospek kerjaya
Graduan berpeluang menceburi pelbagai industri seperti:-
- Pengilangan Perisian
- Sistem Komunikasi
- Pengurusan
- Pendidikan

Peluang pekerjaan sebagai:
- Pembangun Perisian
- Pembangun Web
- Pengguna Sokongan
- Pengaturcara Perisian
- Pakar Perisian Komputer
- Pembangun Pangkalan Data
- Pereka Perisian



0

Ketahui 8 Ciri Manusia Melalui Tandatangan

Posted by Unknown on 11:07 PTG



1. Satu Garis Di Bawah Tandatangan
Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kikir mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan
Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan
Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada
anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.
4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tandatangan
Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kikir.
5. Tiada Persamaan Antara Nama dan TandaTangan
Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tandatangan
Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.
7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung
Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.
8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama
Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

0

Keindahan Taman Kapas Di Bumi Turki

Posted by Unknown on 10:29 PTG

Ada sebuah tempat pelancongan menarik di Turki yang disebut istana kapas (cottoncastle), atau dalam bahasa Turki ”Pamukkale”. Lokasinya di Wilayah Denizli, di lembahSungai Menderes, merupakan laman web alam berisi air panas. Bentuknya menarik,berupa teres mineral karbonat.
Kota Greek-Rom dan Byzantine kuno Hierapolis dibina di atas ”istana”
putih ini.Panjangnya sekitar 2.700 meter (8.860 kaki), dengan lebar 600 m (1.970 kaki) dan tingginya 160 m (525 kaki)
Pelancongan di tempat ini sudah terkenal sejak ribuan tahun lalu. Banyak orang yang menggunakan kolam ini sebagai mandi-manda . Namun, baru sejak pertengahan abad ke-20, Hotel dibina di atas runtuhan Heropolis, yang secara tidak langsung sebenarnya menyebabkan kerosakan pada Pamukkale.
Untungnya, ketika daerah itu dinyatakan sebagai situs warisan dunia, hotel-hotel yang ada akhirnya dihancurkan dan dijadikan kolam-kolam buatan.
Di Pamukkale juga terdapat muzium berisi sejarah artifak dari Hierapolis, artifak dari Laodiceia, Kolose, Tripoli, Attuda dan kota-kota lain dari Lycos (Çürüksu) lembah. Selain itu, koleksi muzium juga berisi artifak yang ditemukan di Beycesultan Huyuk yang mencakup beberapa contoh yang paling indah dari Zaman Perunggu.
Bila ada kesempatan jalan-jalan ke Turki, jangan lupa sediakan masa untuk melawat laman alam yang sangat indah ini, ya.
Menurut lagenda purba, air di dalam tangki seperti ini boleh digunakan untuk merawattekanan darah tinggi, penyakit jantung, artritis, masalah peredaran darah, gangguan saraf, gangguan pencernaan, keletihan, penyakit mata, penyakit kulit dan gangguan pemakanan.
Di kawasan ini terdapat kira-kira 17 mata air panas suhu 35 darjah C hingga 100 ° C.


Copyright © 2009 Muhammad Najmie All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.