0

Facebook Sedang Menguji Paparan Timeline Baru Serta Fungsi Drag Drop Gambar

Posted by Unknown on 6:53 PTG

Laman sosial terbesar di dunia iaitu Facebook kini sedang giat mencuba rekaan terbaru terhadap Timeline pengguna. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Facebook sendiri melalui laman web Inside Facebook dan ABCNews.
Buat masa ini perubahan terhadap reka bentuk terbaru itu hanya boleh dikesan oleh sesetengah pengguna yang terpilih sahaja kerana ia masih dalam tempoh percubaan oleh Facebook. Perubahan tersebut adalah untuk memudahkan lagi pengguna menggunakan laman sosial mereka. Menurut ABC News, antara perubahan rekabentuk baru yang dikesan mereka ialah penambahan tab pada timeline, yang membolehkan pengguna untuk memilih pautan rakan, gambar dan halaman mengenai seseorang dengan mudah.
Gambar oleh ABCNews
Di samping itu, Facebook telah mengubah paparan kemaskini di sebelah kiri dan maklumat rakan dan foto di sebelah kanan berbanding paparan sedia ada yang memaparkan di dalam dua lajur
Menurut laman Facebook Inside pula, antara perubahan baru yang dilakukan oleh Facebook ialah fungsi “drag and drop” yag membolehkan pengguna menarik dan melepaskan foto ke dalam kotak kemaskini status (update status) mereka bagi memuat naik gambar dengan mudah berbanding kaedah sedia ada. Di samping itu, pengguna juga boleh memuat naik lebih dari 1 foto dalam 1 masa.


0 Comments

Catat Ulasan

Copyright © 2009 Muhammad Najmie All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.