0

usahawan berjaya

Posted by Unknown on 6:52 PG
Orang kata jika kita ingin berjaya kita mesti ikut dan belajar dari orang yang berjaya juga. Sebagai seorang internet marketer separuh masa saya ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa otai-otai usawahan internet yang terkenal dan telah berjaya perolehi keuntungan yang lumayan daripada perniagaan internet ini. Mereka mempunyai kepakar daripada pelbagai bidang antaranya: ebay, affiliate, grafik design, penulisan, web master, dan lain-lain lagi. Tanpa membuang masa lagi jom kita usya-usya siapakah gerangan otai-otai yang saya maksudkan itu.
1. Zulfadli (smartZul)
Mohd Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul di kalangan pengusaha perniagaan Internet berusia 29 tahun (2011). Beliau melakukan perniagaan Internet sejak dari tahun 2005 lagi.
Walaupun kini beliau menetap di Kuala Lumpur, namun 90% sumber rezekinya adalah dari seluruh pelusuk negeri Malaysia termasuklah dari luar negara tanpa perlu bersemuka dengan para pelanggan. Inilah salah satu kelebihan perniagaan Internet.
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa selama empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Antara usaha yang beliau lakukan adalah:
  1. Menulis secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
  2. Menulis ebook (percuma dan berbayar)
  3. Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
  4. Menulis buku (dalam proses penerbitan)
  5. Konsultasi, seminar, bengkel dan ‘personal coaching’ (berbayar)
  6. Memberi ceramah di IPT-IPT Tempatan
  7. Menyertai program-program ‘khidmat masyarakat’ (non-profit)
  8. Program Apprentice (latihan percuma tanpa bayaran tetapi tertutup)
  9. Membantu usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
  10. Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet Marketing adalah:
  1. Blog Marketing
  2. Email Marketing
  3. Affiliate Marketing
  4. Teknikal IT untuk Internet Marketing
  5. Penerbitan Produk Informasi
  6. Facebook Marketing
lagi info di –> http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/

2. Mohd Suhaimy (Shuth)
Nama penuh beliau Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, beliau lebih dikenali sebagai “shuth” ( disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat berasaskan perniagaan di internet yang diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd.
Perniagaan di internet sejak tahun 2005. Antara perniagaan internet yang telah beliau usahakan adalah seperti:-
  • WangCyber.com - ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun 2005. Terdapat pelbagai tips, perbincangan serta maklumat-maklumat terkini berkenaan perniagaan di internet di kongsikan di website tersebut.
  • Sempoihosting.com - menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga yang ingin anda bayar.
  • Maskahwin.com – ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan yang khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak tahu macam mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.
  • RahsiaBlogger.com – ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya bersama saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah buku panduan yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh juga didapati terus secara online di websitewww.rahsiablogger.com.
  • RahsiaKambing.com – sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman, seorang penternak kambing yang berjaya.
  • Klikjer.com – ianya merupakan sebuah sistem affiliate berpusat yang menawarkan pelbagai info produk yang boleh dipromosikan oleh affiliate-affiliate di Malaysia. Ianya adalah merupakan lubuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan sebagai seorang affiliate. Penulis-penulis yang ingin menerbitkan karya mereka juga turut dialu-alukan untuk menghantarkan karya ebook mereka ke website ini.
Selain menjalankan perniagaan di internet, beliau juga kerap dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan Internet” anjuran IPT serta pihak swasta. Antaranya, seperti di UIA, Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama Malaysia, Institut Pembangunan & Pengurusan Johor, Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan sebagainya.
lebih info boleh ke blog peribadi beliau di –> http://www.mohdsuhaimy.com
3. Ammar Zahar
Nama beliau Ammar Zahar. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau namun pada yang masih belum beliau merupakan salah seorang Usahawan Internet yang terkemuka di pasaran tempatan. Di pasaran antarabangsa pula saya merupakan salah seorang ‘Super Affiliate’ .
Mungkin ramai juga yang telah tahu akan kejayaan yang telah beliau kecapi namun tidak ramai yang tahu siapa beliau sebelum berjaya mencapai kejayaan seperti sekarang dan bagaimana beliau melalui dan memperolehinya.
Pada sekitar tahun 2006, beliau merupakan seorang pelajar biasa. Seorang yang kaki main game, huha sana sini, dan beliau sememangnya bergantung harap hanya pada duit PTPTN.
Tetapi sekarang beliau telah berjaya menubuhkan sebuah syarikat sendiri iaitu AmmarZahar sdn bhd. Beliau telah banyak menerbitkan beberapa produk digital yang mempunyai branding name “Mania” antaranya:
DuitMania.com -panduan asas dan advanced bagaimana memulakan perniagaan internet dan menjana pendapatan melalui internet.
FacebookMania.com – Panduan memulakan perniagaan dan teknik-teknik berkesan untuk memasarkan sebarang produk di Facebook
SuksesMania.com – Video motivasi bagaimana beliau boleh berjaya dan sukses dalam perniagaan internet ini.
zerokehero.com – panduan bagaimana anda yang dari zero knowledge pasal internet marketing sehingga menjadi hero IM.
banyak lagi produk-produk lain yang telah di hasilkan oleh beliau dan telah berjaya mengaut keuntungan lebih 4angka sebulan.
utk lebih info tentang Ammar Zahar –> http://perniagaaninternet.com | http://ammarzahar.com
4. MazlieNadzri
Mazlie Nadzri merupakan internet marketer separuh masa.
Beliau mula aktif dalam perniagaan internet sejak awal
tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi program affiliate, pernah menjadi juara cabaran affiliate untuk produk tempatan, menduduki top 10 cabaran affiliate, penghasilan produk sendiri dan pemilik servis design minisitedan sistem affiliate.Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai perisian Adobe Flash yang kini berada di kedai-kedai buku yang berhampiran. Antara website milik beliau adalah:
http://www.mazlienadzri.com - blog perniagaan internet milik beliau
http://www.virtualniaga.com - lamanweb servis design grafik, untuk membantu para usahawan internet menghasilkan grafik untuk minisite, ecover, banner, portal iklan dan lain-lain lagi
http://www.sistem-autoresponder.com - laman minisite yang memasarkan sistem autorespon yang boleh di pasang pada hosting sendiri untuk mengumpul email list. sesuai utk newbie yang ingin bermula kumpul list.
http://www.panduansistemaffiliate.com - Skrip dan panduan memasang sistem affiliate lite yang banyak di gunakan oleh ramai IM untuk membantu meningkatkan jualan produk digital di internet.
untuk maklumat lanjut tentang MazlieNazdri sila ke FBpage beliau

5. Rahman Basri
Rahman Basri adalah merupakan seorang ahli pemasaran affiliate yang
disegani di Malaysia. Beliau kerap kali menjadi top affiliate bagi setiap
cabaran/pertandingan affiliate yang disertainya.
Kepakaran beliau di dalam pemasaran affiliate, sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.
Selain aktif menjalankan pemasaran affiliate, beliau juga turut menghasilkan
produk sendiri seperti:
Panduanemel.com - Panduan tentang pemasaran email,
SplitAffiliate.com - Teknik memasarkan produk affiliate yang berkensan melalui medium Facebook, Forum dan Email. Beliau menerangkan secara ringkas dan mudah untuk mempromosikan beberapa produk dalam masa yang sama.
dan yang terbaru SwipeCopy.com
beliau juga ada menganjurkan seminar/perconal coaching mengenai affiliate dan pemasaran email bagi membantu sesiapa yang berminat untuk menguasai teknik-teknik yang di gunakan oleh beliau sehingga pergelar top affiliate.
jom selami kisah hidup beliau dalam menceburkan diri dalam IM ini di sini –> video talk Rahman Basri di gathering wangcyber dan interview beliau oleh majalahniaga di Majalahniaga.com


6. Jamaluddin Bahari
Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagai JaMal-PakarEbook. Beliau telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan ebook di Malaysia sejak disember 2008 lagi.
Beliau melibatkan diri dalam perniagaan ebook ini setelah mengalami masalah hutang kad kredit dan juga hutang-hutang peribadi lain yang agak kritikal. Dengan semangat ingin bebas kewangan, beliau bertekad mencuba nasib dalam perniagaan ebook dengan mula membeli panduan secara berhutang dari kad kreditnya.
Dengan hasil untung RM60 pertama, beliau mengorak langkah menjana income lumayan setiap bulan dengan perniagaan ebook. Dan ada ebooknya menghasilkan jualan lebih RM125k hanya dalam masa 40 hari pelancaran.
Sejak itu beliau mendapat perhatian dari dunia perniagaan internet Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan bengkel pemasaran ebook di IbuKota sepanjang tahun 2009 – 2011.

0 Comments

Catat Ulasan

Copyright © 2009 Muhammad Najmie All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.